Skim ini adalah Eksklusif kepada Anggota KoBPM (berserta Pasangan dan Anak-Anak) sahaja. Syarat permohonan adalah terbuka kepada semua Anggota KoBPM (masih bekerja dengan Agrobank dan juga Bekas Kakitangan Agrobank).
Selain dari Perlindungan Takaful Beserta Simpanan, keistimewaan skim ini juga adalah kerana sumbangan bulanan yang rendah. Bagi Anggota yang berminat untuk menyertai Skim Perlindungan Takaful Kelompok Beserta Simpanan, Muat Turun Borang (klik di sini)
Borang yang telah siap diisi boleh dihantar melalui emel kepada admin@koopbpm.com.my / aida@koopbpm.com.my .
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pn.Aida di talian 03-8733 2597.
Tabarru'
Tabarru bermaksud Peserta bersetuju untuk menyumbang apabila berlakunya peristiwa yang diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah Pengendali
Takaful, dengan itu membolehkan Peserta memenuhi tanggungjawabnya untuk saling membantu sekiranya Peserta-peserta lain mengalami
kerugian yang ditakrifkan di mana sumbangannya adalah untuk membantu Peserta-peserta lain dan sumbangan Peserta-peserta lain adalah untuk
membantunya.
Iltizam Bi Al-Tabarru
Iltizam bi Al Tabarru bermaksud komitmen untuk melakukan Tabarru.
Ju'alah
Jualah bermaksud perjanjian di mana Peserta bersetuju untuk memberikan ganjaran kepada Pengendali Takaful kerana pencapaian atau prestasi
yang baik dalam menguruskan Dana Risiko Peserta (PRF) yang menyumbang kepada lebihan dalam PRF. Sebarang lebihan daripada PRF akan
dikongsi antara Peserta dan Pengendali Takaful dengan nisbah 50:50.
Mudharabah
Mudharabah bermaksud kontrak di antara Pengendali Takaful dan Peserta di mana Peserta menyediakan Sumbangan untuk diurus dan ditadbir oleh
Pengendali Takaful bagi pihak Peserta untuk tujuan pelaburan. Sebarang keuntungan pelaburan bersih daripada amaun di dalam Akaun Peserta
(PA) yang dilaburkan akan dikongsi antara Peserta dan Pengendali Takaful dengan nisbah 90:10, masing-masing.
Wakalah
Wakalah secara asasnya bermaksud hubungan ejen-prinsipal, di mana Pengendali Takaful bertindak sebagai ejen bagi pihak Peserta untuk
menguruskan PRF dan PA bagi pihak Peserta dan Pengendali Takaful mendapat Yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan
Kematian akibat sakit biasa
Hilang Upaya Menyeluruh akibat sakit biasa
Kematian akibat Kemalangan
Hilang Upaya Menyeluruh akibat Kemalangan
Penyakit Kritikal (Bayaran Manfaat Dipercepatkan)
Manfaat Pendapatan Hospital (HIB)
Manfaat Perbelanjaan Pengebumian untuk Ahli sahaja
Manfaat Perbelanjaan Pengebumian untuk Pasangan
Manfaat Perbelanjaan Pengebumian untuk anak-anak . Maksimum anak-anak = 4
Jumlah Tabarru' ditolak setiap bulan daripada PA. Jumlah Tabarru' akan bertambah apabila anda semakin tua. Butir caj-caj lain untuk pelan ini
dilampirkan dibawah.
Yuran Wakalah : 25.00% Jumlah Sumbangan
Caj Serahan : Tiada caj serahan dikenakan
Caj Pengeluaran Separa : Tiada caj pengeluaran separa dikenakan
Komisyen : 10.00% daripada Jumlah Sumbangan
Duti Stem : RM 10.00 (ditanggung oleh Pemegang Sijil Induk)
Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan yang diagihkan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50% dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus PRF.
Kepentingan pendedahan - anda mesti mendedahkan semua fakta-fakta penting dan menyatakan umur anda dengan betul.
Tempoh bertenang - anda boleh membatalkan sijil anda dengan memulangkan sijil dalam tempoh 15 hari selepas sijil dihantar kepada anda.
Pengendali Takaful akan memulangkan semua sumbangan setelah ditolak yuran pemeriksaan perubatan yang ditanggung Pengendali
Takaful.
Penamaan - anda boleh memilih siapa yang akan menerima manfaat selepas kematian anda dengan mengisi borang Penamaan. Sijil anda
akan menyatakan sama ada anda telah menamakan seseorang untuk menerima manfaat tersebut. Jika anda belum menamakan sesiapa,
sila lengkapkan borang Penamaan yang boleh didapati daripada wakil Pengendali Takaful dan hantarkan kepada Pengendali Takaful
dengan serta-merta.
Adalah penting untuk anda menyimpan resit yang di hantar Pengendali Takaful kepada anda, Penyata Kad Debit atau Kredit, Penyata Bank
atau slip gaji anda sebagai bukti pembayaran bagi rujukan masa hadapan.
Sijil Takaful tidak akan bermula sehingga Pengendali Takaful telah menerima Borang Cadangan secara rasmi dan Sijil Takaful menyatakan
perlindungan telah bermula telah dikeluarkan. Pengendali Takaful hanya akan menerima cadangan setelah sumbangan telah dibayar.
Kematian disebabkan oleh bunuh diri dalam masa dua belas (12) bulan dari Tarikh Kemasukan.
AIDS - jika kematian atau TPD adalah disebabkan oleh AIDS atau dibawah pengaruh dadah.
Alkohol - jika kematian dan TPD adalah disebabkan pengaruh alkohol, narkotik atau penyalah gunaan dadah.
Peperangan - kematian atau TPD disebabkan peperangan, pencerobohan, tindakan musuh-musuh asing, tebusan atau operasi ala
ketenteraan, perang saudara, pemberontakan.
Nota : Senarai di atas adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada Sijil Takaful untuk senarai penuh pengecualian di bawah sijil
Menyertai pelan takaful keluarga adalah komitmen kewangan jangka panjang. Jika anda tidak membayar sumbangan dalam tempoh ihsan, sijil anda mungkin lupus. Amaun tunai yang akan dibayar oleh Pengendali Takaful apabila anda membatalkan sijil sebelum tempoh matang adalah kurang daripada jumlah sumbangan yang anda telah bayar.
Penting untuk anda memaklumkan kami sebarang perubahan pada maklumat perhubungan anda untuk memastikan segala surat menyurat dapat diterima pada masanya.
No 12 A , Jalan TTDI GROVE 1/2 Taman TTDI Grove, Kajang, 43700, Selangor