Keanggotaan

/

Maklumat Keanggotaan

Segala perkara dan soaljawab berkaitan keangotaan serta sumbangan-sumbangan kepada anggota yang berkelayakan.

Modal Syer Anggota
Setiap anggota diwajibkan mencukupkan modal syer anggota mereka sebanyak RM 2,000.00

Setiap anggota baru diberi tiga ( 3 ) pilihan untuk mencukupkan syer mereka sebanyak RM 2,000.00. Antara pilihan : -

1.Potongan Gaji Bulanan
2.Kontra dari Pembiayaan
3.Bayaran Tunai

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi bahagian keanggotaan KoBPM
Imbuhan Kepada Anggota

Kepada semua Anggota KoBPM, Pihak Koperasi menawarkan imbuhan bagi anggota yang telah mencadangkan kakitangan bank untuk menjadi Anggota Koperasi yang baru dan akan mendapat imbuhan sebanyak RM 10 bagi setiap seorang yang telah dicadangkan.

Sila hubungi pegawai yang bertugas di bahagian Keanggotaan.
Syarat Kelayakan

1.Adalah Kakitangan Agrobank/KoBPM yang bersara atau yang telah berhenti.
2.Mempunyai Syer Anggota sebanyak RM 2,000.00 dan Yuran Anggota sekurang-kurangnya RM 3,000.00. Sekiranya jumlah terkumpul caruman tidak mencukupi selepas menjadi Anggota Seumur Hidup, Keanggotaan Seumur Hidup akan terbatal.
3.Anggota Seumur Hidup layak menerima Dividen tahunan, sumbangan Tabung Kebajikan dan lain-lain kemudahan.*
4.Tidak perlu membuat caruman bulanan untuk Yuran Anggota.

*Tertakluk pada terma dan syarat yang digunapakai pada tarikh kemudahan disediakan.
Tabung Kebajikan Bencana Alam

Sumbangan kepada Anggota yang terlibat dalam bencana alam :
  • Kos Kerugian > RM 20K (Maksima) : RM 2,000.00

  • Kos Kerugian Tidak > RM 10K (Maksima) : RM 1,000.00

  • Kos Kerugian < RM 10K (Maksima) : RM 500.00



  • Tabung Kebajikan Persekolahan

    Anggota Koperasi BPM layak menerima bantuan persekolahan bagi anak-anak anggota yang bersekolah dari darjah satu hingga tingkatan lima sebanyak RM 40.00 setiap anak.

    Kelayakan adalah telah menjadi anggota selama enam ( 6 ) bulan.

    Bantuan Kasut Sekolah

    Pembayaran akan dibuat pada bulan Februari setiap tahun.
    **Bantuan gantian kepada Bantuan Persekolahan : RM 40.00
    KoBPM juga memberi sumbangan Dermasiswa kepada anak-anak Anggota yang cemerlang dalam Peperiksaan/Tawaran ke IPTA/IPTS

    1.UPSR : RM 80.00
    2.PMR : RM 120.00
    3.SPM : RM 150.00
    4.STPM/STAM : RM 150.00
    4.IPTA/IPTS : RM 400.00 - Sepenuh Masa
    5.IPTA/IPTS : RM 250.00 - Separuh Masa
    Tabung Kebajikan Khairat Kematian

    Pewaris Anggota layak menerima Sumbangan Khairat Kematian sebanyak RM 2,000.00 bagi kematian anggota .

    Anggota layak menerima sumbangan Khairat Kematian sebanyak RM 400.00 bagi kematian tanggungan keluarga Anggota.

    Antara dokumen yang diperlukan adalah :
    a) Salinan sijil kematian Si mati
    b) Salinan kad pengenalan penuntut
    c) Borang Tuntuntan Pewaris.

    Kelayakan adalah telah menjadi anggota selama enam ( 6 ) bulan.
    Tabung Kebajikan Mengerjakan Fardhu Haji

    KoBPM memberi sumbangan mengerjakan Fardhu Haji bagi kali yang pertama kepada Anggota sebanyak RM 300.00.

    Bayaran sumbangan tersebut sekali Seumur Hidup sepanjang tempoh menjadi anggota di KoBPM.

    KoBPM akan mendapatkan senarai nama dari bahagian Sumber Manusia di Agrobank dan bayaran akan dibuat selepas Anggota pulang dari mengerjakan Fardhu Haji.

    Kelayakan adalah telah menjadi anggota selama enam ( 6 ) bulan.
    KoBPM memberi Sumbangan Lawatan Sambil Belajar kepada Anggota iaitu:

    Bagi yang telah menggunakan kelayakan pada kali pertama (RM 500.00) layak menggunakan kelayakan kedua (RM 1,000.00) selepas menggunakan 10 Tahun kelayakan pertama.

    Mengikut resit tuntutan kos lawatan Anggota, syarat tidak melebihi sebanyak RM 1,000.00.

    Kelayakan permohonan selepas 3 Tahun menjadi Anggota KoBPM.