Makluman | Hebahan | Promosi | ARKIB

Promosi Dan Makluman

Bagi memastikan tiada anggota yang ketinggalan dalam aktiviti promosi/pemasaran kami, anggota boleh rujuk setiap hebahan promosi/makluman dibawah bagi mendapatkan maklumat terkini. Sebarang pertanyan boleh terus menghubungi kami di talian +603-8733 2597.

Pembukaan Kedai KoBPM

Dirasmikan pada bulan Mei,2019 oleh Pengerusi KoBPM En.Zainul Kamar bin Mohd Zain.

Objektif pembukaan kedai KoBPM adalah untuk memberi kemudahan kepada komuniti kajang. Kini kedai KoBPM dibuka kepada orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.

perniagaan takaful kenderaan

Dapatkan diskaun 5% sekiranya anda membuat bayaran penuh terbuka kepada orang awam dan Anggota. Keistimewaan kepada anggota adalah ansuran bulanan melalui pemotongan gaji.

Sebarang pertanyaan dan permohonan boleh terus whatsapp : 012-242 2830 (Kedai KoBpm).

Barangan Pengguna

Melalui vendor yang berdaftar, Anggota Koperasi boleh memohon pembiayaan bagi pembelian barangan seperti telefon mudah alih, komputer riba, barangan elektrik dan sebagainya.

Untuk pertanyaan boleh menghubungi bahagian pembiayaan KoBPM di talian : 03-8733 2597 atau boleh terus muat turun borang permohonan di sini.

Hari Bersama Koperasi

Bermula November 2019, KoBPM akan giat menjalankan aktiviti pemasaran ke cawangan-cawangan semenanjung.

Objektif roadshow ini adalah untuk hebahan berkenaan produk dan perkhidmatan terbaharu dari KoBPM untuk kegunaan Anggota Koperasi yang memerlukan.

Kemudahan Pembiayaan

Bagi memenuhi keperluan Anggota, KoBPM telah mengambil inisiatif mempelbagaikan produk pembiayaan yang boleh ditawarkan kepada setiap Anggota mengikut kesesuaian situasi dan keperluan.

Dengan kadar keuntungan yang berbeza, pembiyaan kini lebih menarik.

Kelebihan Menjadi Anggota

Pelbagai kelebihan Anggota:

Sumbangan Khairat Kematian
Sumbangan Bencana Alam
Sumbangan Persekolahan
Sumbangan Dermasiswa
Sumbangan Mengerjakan Haji
Lawatan Sambil Belajar