TABUNG PRIHATIN KELUARGA KoBPM (TPKK)

/

Maklumat TABUNG PRIHATIN KELUARGA KoBPM (TPKK)

Segala perkara dan soaljawab berkaitan Tabung Prihatin Keluarga KoBPM kepada anggota yang berkelayakan.

Dapatkan Aturan Tabung Prihatin Keluarga KoBPM (TPKK) (klik di sini)
Dapatkan Petikan Keputusan Mesyuarat ALK ke 421/2023 Yang Diadakan Pada 21/10/2023 (klik di sini)




TUJUAN
Tujuan Tabung ini diwujudkan ialah untuk membantu meringankan beban kewangan dari perbelanjaan mengurus kematian Anggota atau pasangan/anak Anggota sama ada yang beragama Islam atau bukan beragama Islam

Tabung ini juga akan digunakan untuk lain-lain kebajikan Anggota yang boleh memberi manfaat kepada Anggota dan ahli keluarga Anggota yang ditimpa kesusahan atau malapetaka.

Bertujuan untuk menambah baik sumbangan khairat sedia ada.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi bahagian keanggotaan KoBPM
Kelayakan

Anggota yang mendapat dividen sekurang-kurangnya RM100 dan mencarum potongan dividen sebanyak RM60 dari jumlah dividen beliau layak mendapat tambahan sumbangan dari Tabung ini.

Sila hubungi pegawai yang bertugas di bahagian Keanggotaan sekiranya terdapat pertanyaan lanjut.
Pembayaran

Pembayaran hendaklah dibuat secara terus dan dikreditkan ke akaun Anggota atau waris Anggota yang dinyatakan di dalam borang permohonan.

Pembayaran hendaklah dibuat berdasarkan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pihak-pihak berkaitan serta sahih mengenai butiran permohonan tersebut.
Punca Kewangan

Punca kewangan adalah melalui caruman potongan dividen Anggota sebanyak RM60 setiap Anggota yang layak berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.

  • Caruman potongan sebanyak RM60 ini akan berkuatkuasa setiap tahun dan ditentukan oleh ALK sekiranya perlu dihentikan atau ditangguh sementara pada suatu-suatu masa berdasarkan saiz Tabung yang terkumpul.

  • Kadar caruman potongan dividen Anggota ini boleh dipinda dengan mendapat kelulusan ALK.

  • Kadar Sumbangan Khairat

    Rujuk Jadual di bawah:


    *Anggota yang tidak layak mencarum TPKK, layak menerima sumbangan khairat dari TKA untuk dua-dua kategori.

    Hanya Anggota yang mencarum potongan dividen sebanyak RM60 sahaja layak mendapat sumbangan khairat dari Tabung sekiranya berlaku kematian berdasarkan kedua-dua kategori sepertimana jadual di atas.

    Bagi yang tidak layak mencarum, Anggota hanya layak mendapat sumbangan khairat TKA sahaja berdasarkan kedua-dua kategori kematian sepertimana jadual di atas.